Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Secara Senyap-Senyap Menukar Tarikh Tayangan Sonic The Hedgehog

Selepas dikritik teruk oleh peminat kerana rekabentuk Sonic yang tidak menyerupai versi animasi, pengarah filem Sonic The Hedgehog, Jeff Fowler mengambil pendekatan menerima kritikan membina dari para peminat dan berjanji akan melakukan kerja-kerja pembetulan.

Bagaimanapun kerja-kerja mengubasuai rekabentuk Sonic itu memakan masa yang agak panjang sehinggakan pihak studio Paramount Pictures terpaksa mengubah tarikh tayangan dari November 2019 ke 14 Februari 2020.

Dalam perkembangan terbaru, Paramount Pictures secara senyap-senyap telah menukar tarikh tayangan filem ‘live action’ tersebut, kali ini ke tarikh Mac 2020, hampir satu bulan lewat dari tarikh sebelumnya. Perubahan tarikh ini boleh dilihat dilaman Twitter rasmi Sonic The Hedgehog.

Buat masa ini tidak diketahui kenapa tarikh tayangan filem tersebut ditukar memandangan pihak studio tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Tekaan peminat setakat ini, mungkin disebabkan kerja-kerja mengubahsuai karakter Sonic tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment