Selepas menunggu selama 4 tahun, akhirnya sekuel filem Zombi lakonan Brat Pitt akhirnya akan dihasilkan. Berita tersebut disahkan sendiri oleh Studio Paramount dengan Brat Pitt akan kembali membintangi filem berkenaan dan akan diarahkan oleh David Fincher.
Walapun filem ini diadaptasikan dari novel World War z karya Max Brooks, filem berkenaan sedikit pun tidak mengikut apa yang ditulis oleh novel berkenaan. Namun, ia tidak menghalang filem tersebut menjadi hit dan mendapat review positif.
World War Z telah bejaya mengutip $540 juta dolar seluruh dunia dan menjadi filem paling tinggi kutipan minggu pembukaan lakonan Aktor Brat Pitt. Kejayaan filem berkenaan telah mendorong Paramount untuk menghasilkan filem berkenaan dengan menetapkan bulan Jun 2017 sebagai tarikh tayangan.
Tetapi filem berkenaan menghadapi sedikit masalah apabila pengarah yang sepatutnya mengarahkan filem ini Juan Antonio Bayona, telah meninggalkan projek disebabkan masalah jadual.
Selepas hampir setahun tanpa pengarah, akhirnya pihak studio memutuskan untuk memberi tugas kepada David Fincher mengarahkan filem ini.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi mengenai tarikh tayangan filem zombi ini. Kami di Kakimuvee akan bawakan berita terbaru mengenainya dari masa ke semasa.