Berita

Paramount Rancang Filem Terbaru G.I. JOE Selepas SNAKE EYE

Views

Akhir tahun ini, filem solo Snake Eyes akan membawakan francais G.I. Joe kembali ke layar lebar. Lebih menarik, Paramount Pictures dan Hasbro Studios sudah pun merancang filem terbaru G. I Joe untuk meneruskan francais tersebut.

Menurut The Hollywood Reporter, penulis Seberg Joe Shrapnel dan Anna Waterhouse telah dipilih untuk menulis G.I. Filem Joe. Filem terbaru itu bagaimanapun tidak akan menjadi sekuel langsung kepada filem Snake Eye, sebaliknya akan mengembangkan lagi dunia G.I. Joe. 

Sharpnel dan Waterhouse sebelum ini pernah terlibat dalam drama  Gothic, Rebecca untuk Netflix. Mereka juga juga akan terlibat dalam filem baru The Great Machine, adapatasi komik Ex Machina karya Brian K. Vaughan dan Tony Harris.

Sementara itu, filem Snake Eyes kini diberi tajuk baru, iaitu Snake Eyes: G.I. Joe Origins. 

Snake Eyes dibintangi Henry Golding yang memainkan watak utama sebagai Snake Eyes. Dia akan disertai Adrew Koji sebagai Strom, aktres rancangan Money Heist,Ursula Corbero sebagai The Baroness, Iko Uwais sebagai Hard Master, guru kepada Snake Eyes dan Haruka Abe yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Pengarah filem R.I.P.D, Robert Schwentke akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Evan Spiliotopoulos. Plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi dikhabarkan ianya akan berkisarkan tentang Snake Eye yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya dengan menyertai klan Ninja.

Snake Eyes akan menemui penonton pada 16 Oktober 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks