Pengarah filem yang sukakan aksi letupan, Michael Bay mendedahkan, Studio Paramount mempunyai rancangan untuk menerbitkan 14Â sekuel siri franchise Transformers akan datang dimana beberapa idea sekuel berkenaan membayangkan yang beliau akan diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem berkenaan.
Filem pertama Transformers mula ditayangkan pada tahun 2007 dan mendapat reaksi dan penerimaan peminat yang begitu tinggi, namun “critical respond” yang diterima filem-filem selepas itu mula menurun. Walaupun begitu ia tetap mendapat pulangan yang lumayan dari segi kutipan tiket terutamanya dua filem terakhir iaitu Dark of the Moon dan Age of Extinction berjaya mengutip sehingga $1 billion dollar seluruh dunia.
Paramount dilaporkan mengumpulkan penulis-penulis mereka untuk merancang beberapa filem termasuklah filem Spin off Bumblebee, Transformers 6 dan Transformers 7 dengan Michael Bay dikatakan berminat untuk mengarahkan filem-filem berkenaan.
Bercakap dengan MTV dalam konvensyen CinemaCon baru-baru ini, walaupun filem The Last Knight dikatakan filem terakhirnya mengarahkan franchise Transformers, dia memberitahu salah satu dari 14 idea yang diketengahkan oleh pihak studio menarik minat dia untuk mengarah.
There are 14 stories written and thereâs good stuff. I would like to do one of them though⊠A Transformers spinoff.

Nampaknya Michael Bay masih berminat untuk terus menyumbang dalam penerbitan filem-filem Transformers berdasarkan kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini. Tidak mustahil untuk kita melihatnya kembali mengarahkan salah satu filem Transformers yang dirancang oleh Paramount walaupun filem berkenaan adalah filem Spinoff Transformers.
Apapun berita mengenai rancangan studio Paramount untuk terus menghasilkan 14 filem Transformers boleh dianggap sangat menarik perhatian. Mungkin beberapa filem yang ada dalam perancangan Paramount adalah filem crossover diantara Transformers dan G.I Joe dan ini membuka peluang kepada kita untuk melihat karakter-karakter baru Transformers di “live-action”kan dalam bentuk filem.