Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”


Paramount Pictures secara rasminya telah menetapkan tarikh tayangan untuk filem ketiga Sonic the Hedgehog, yang dijangka menampilkan kepulangan Ben Schwartz sebagai watak utama. Sonic the Hedgehog 3 dijadualkan tiba di pawagam pada 20 Disember 2024, tepat pada masanya untuk musim cuti.

Tarikh tayangan pawagam semasanya akan menyaksikan filem aksi langsung/CG itu akan menentang Avatar 3 yang arahan James Cameron. Ia juga akan ditayangkan pada bulan yang sama dengan satu lagi projek berprofil tinggi iaitu filem adaptasi muzikal Broadway Wicked.

Sonic the Hedgehog 2 dibintangi veteran Parks and Recreation Ben Schwartz, James Marsden (Westworld), Tika Sumpter (Ride Along), Natasha Rothwell (Wonder Woman 1984), Adam Pally (The Mindy Project), Jim Carrey (Kidding), dan Shemar Moore , dengan Colleen O’Shaughnessey (Blade Runner: Black Lotus) sebagai Tails dan Idris Elba (The Suicide Squad) sebagai Knuckles.

Sekuel itu diarahkan oleh Jeff Fowler, dan berjaya memperoleh kutipan kasar di seluruh dunia lebih $400 juta di box office berbanding bajet $90-110 juta.

Selain Sonic the Hedgehog 3, Paramount Pictures juga sedang membangunkan siri spin-off yang berpusat di sekitar Knuckles, yang akan ditayangkan di Paramount+.



Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee