Berita

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan Paranormal Activity & My Little Pony

Views

Studio Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem seram terbaru, Paranormal Activity iaitu pada 19 Mac 2021 dan juga filem animasi My Little Pony pada 24 September 2021, lapor The Wrap.

2019 menandakan ulang tahun ke-10 francais Paranormal Activity. Filem pertama yang diterbitkan pada 2009 telah mencipta kejutan besar apabila meraih keuntungan berlipat kali ganda, Dengan modal hanya $15, 000 dolar, Paranormal Activity berjaya meraih $193 juta dolar seluruh dunia.

Sejak daripada itu, lima filem sekuel telah dihasilkan, dan kutipan keseluruhan filem melebihi $890 juta dolar seluruh dunia dan menjadi antara francais yang digemari peminat.

Selepas kejayaan box office pada tahun 2017, Paramount telah bekerjasama dengan Allspark Pictures untuk hasilkan satu lagi filem animasi My Little Pony. Setakat ini tidak diketahui sama ada filem akan datang merupakan sekuel atau sekadar filem ‘standalone’.

Filem animasi musikal My Little Pony: The Movie diarahkan oleh Jayson Thiessen, dan menampilkan pelakon suara seperti Emily BluntKristin ChenowethLiev SchreiberMichael PeñaSiaTaye DiggsUzo Aduba, dan Zoe Saldana. Filem yang diterbitkan pada tahun 2017 ini dihasilkan dengan modal sebanyak $6.5 juta dolar dan berjaya meraih $61.3 juta dolar seluruh dunia

BACA:  Ahmad Idham Bakal Hasilkan Impak Maksima Underground

Tinggalkan Balasan

shares