Paramount Pictures telah melancarkan poster digital karakter Sonic The Hedgehog yang sangat menarik!. Antara yang dipaparkan adalah poster karakter Doctor Robotnik lakonan Jim Carrey. Anda boleh saksikannya menerusi perkongsian laman Twitter dibawah.
Ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Oren Uziel, Sonic The Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis dari bandar kecil Green Hills dan membuat keputusan untuk membantu Sonic melarikan diri dari pihak kerajaan. Jeff Fowler bertindak selaku pengarah untuk filem ini manakala Tim Miller sebagai penerbit eksekutif.
Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.
Filem ‘live action’ permainan video ini akan menemui penonton pada 14 Februari 2020.
Less than a month to go! @SonicMovie #SonicMovie #CatchSonic pic.twitter.com/dWT97rm5JP
— Ben Schwartz (@rejectedjokes) January 16, 2020
— Jim Carrey (@JimCarrey) January 16, 2020
I can’t wait for you guys to meet Maddie when #SonicMovie races to theatres in less than one month!! February 14th! pic.twitter.com/UmIxVuWDSd
— Tika Sumpter (@iamtikasumpter) January 16, 2020
In no particular order: all 4 recently revealed character motion posters combined. #SonicMovie pic.twitter.com/x57D7uEoss
— Michael W. Doggo (@AndreTelevise) January 16, 2020