Berita

Paramount Pictures Bangunkan Sekuel SONIC THE HEDGEHOG

Views

Selepas berjaya mencipta kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang hangat dari para pengkritik serta penonton, Paramount Pictures tidak menunggu lama untuk mengumumkan sekuel Sonic the Hedgehog. 

Projek sekuel ini masih lagi diperingkat awal pembangunan dan barisan pelakon masih belum diputuskan oleh pihak studio. Bagaimanapun, Jeff Fowler akan kembali sebagai pengarah bersama-sama penulis lakon layar Pat Casey dan Josh Miller.

Sonic the Hedgehog pada awalnya dijadualkan pada November tahun lalu, tetapi selepas trailer pertama menerima kecaman dari penonton disebabkan rekabentuk karakter utama yang agak buruk, Paramount terpaksa menunda tarikh tayangan ke 14 Februari 2020 semata-mata mahu merekebentuk semula karakter Sonic agar lebih mirip kepada versi permainan video.

Keputusan yang dibuat Paramount itu memberi impak yang cukup positif apabila filem animasi live action itu mendapat ulasan positif dari para pengkritik dan penonton serta berjaya mengutip $306 juta dolar seluruh dunia berbanding kos pembikinan sebanyak $95 juta.

Selain itu juga, versi digital juga turut mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki tangga pertama pada minggu pertama pelancarannya.

Ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Oren Uziel, Sonic The Hedgehog mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis dari bandar kecil Green Hills dan membuat keputusan untuk membantu Sonic melarikan diri dari pihak kerajaan.  Jeff Fowler bertindak selaku pengarah untuk filem ini manakala Tim Miller sebagai penerbit eksekutif.

Sonic The Hedgehog dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaitu Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagai Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalah Adam Pally, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough dan  Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks