Paramount Pictures Bakal Terbitkan Filem Terbaru Paranormal Activity

67
views

Buat peminat francais filem seram Paranormal Activity, ini berita baik buat anda. Studio Paramount Pictures dilaporkan bakal menghasilkan filem terbaru Paranormal Activity. Pekara tersebut didedahkan CEO Jim Gianopulos semasa Expo CineEurope, Sepanyol baru-baru ini.

Menurut CEO Paramount itu lagi, mereka akan bekerjasama dengan pemilik studio Blumhouse dalam projek terbaru itu nanti.

“We are partnering with uber horror producer Jason Blum to bring a new installment of Paranormal Activity,” 

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai filem terbaru itu masih belum diketahui kerana ianya masih diperingkat awal.

Tahun ini merupakan ulangtahun ke-10 filem pertama Paranormal Activity. Filem seram yang bertemakan ‘found footage’ itu dianggap antara filem yang paling sukses dari segi pulangan. Dengan bermodal $15 ribu dolar, filem tersebut mampu meraih $193 juta dolar seluruh dunia.

Sejak kejayaan filem pertama, 5 sekuel filem tersebut telah dihasilkan termasuklah satu filem 3D berjudul Paranormal Activity: The Ghost Dimension yang diterbitkan pada 2015. Francais Paranormal Activity yang merangkumi 6 buah filem berjaya $890 juta dolar seluruh dunia, kejayaan yang begitu besar buat filem yang dihasilkan dengan modal yang sedikit.

Kepada peminat filem seram ini, nanti perkembangan filem tersebut dimasa akan datang.