Berita

Paramount Pictures Bakal Terbitkan Filem Biopik Bee Gees

Views

Paramount Pictures akan bekerjasama dengan syarikat penerbitan Sister dan penerbit filem Bohemian Rhpasody, Graham King untuk hasilkan filem biopik mengenai kumpulan pop terkenal, Bee Gees.

Ditubuhkan oleh adik-beradik Maurice, Barry dan Robin Gibb pada tahun 1958, kumpulan itu mula menjadi popular di akhir 60-an hingga awal 70-an dengan peningkatan era disko. Antara lagu-lagu hit ciptaan dan nyanyian Bee Gees adalah “Stayin’ Alive,” “How Deep is Your Love,” “Night Fever,” “More Than a Woman,” “Jive Talkin’” dan “You Should Be Dancing.” Mereka telah menjual lebih dari 220 juta rekod di seluruh dunia dan dimasukkan ke dalam Rock & Roll Hall of Fame pada tahun 1997.

Selepas kematian Maurice pada tahun 2003, kumpulan itu memilih untuk mengundurkan nama Bee Gees selama enam tahun sebelum Barry dan Robin bersetuju untuk membentuk semula dan tampil bersama pada tahun 2009, yang mana telah memelihara legasi mereka selama beberapa tahun lagi, sehinggalah Robin meninggal pada tahun 2012 disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang. Kini tinggal Barry sahaja yang masih menerusikan legasi Bee Gees.

Pihak studio – dengan bantuan Graham King – telah membeli hakcipta mengenai kehidupan keluarga Gibbs, bagi memastikan muzik kumpulan itu akan dipaparkan dalam filem itu. Elisabeth Murdoch, Stacey Snider dan Jane Featherstone akan menjadi penerbit dan pembiaya bersama dibawah syarikat penerbitan Sister.

BACA:  Quentin Tarantino Dedahkan Dia Telah Berbincang Dengan Uma Thurman Untuk Hasilkan Kill Bill Vol. 3

Projek terbaru ini menjadi projek biopik artis kedua buat Paramount dan King, Paramount sebelum ini telah menerbitkan filem biopik mengenai Elton John berjudul Rocketman, manakala King telah menerbitkan filem biopik mengenai kumpulan Queen, Bohemiam Rhapsody yang menyaksikan filem tersebut berjaya mengutip lebih $1 billion dolar dan mengondol 5 anugerah Oscar termasuklah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Rami Malek.

shares