Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Mulakan Pembangunan Dua Filem Terbaru TRANSFORMERS

Selepas beberapa filem live action Transformers dan spin off Bumblebee, Paramount tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berhenti dari mengekploitasi francais Transformers. 

Menurut laporan The Hollywood ReporterParamount telahpun memulakan pembangunan dua filem terbaru dengan mengambil dua penulis, iaitu Joby Harold dan James Vanderbilt untuk merangka draf skrip filem akan datang. Bagaimanapun, pengarah filem masih belum dinamakan. Harold dan Vanderbilt masing-masing akan menulis salah satu filem, dan perancangannya akan dijalankan secara serentak.

Harold merupakan penulis bersama untuk filem arahan Zack Snyder, Army of the Dead untuk Netflix, mankala Vanderbilt dikenali menerusi filem thriller Zodiac arahan David Fincher.

Setakat ini tidak dipastikan sama filem terbaru Transfomers akan menyambung legasi Michael Bay, atau menjadi satu lagi reboot. Filem spin off Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018 dianggap sebagai ‘soft reboot’ kerana tidak meneruskan idea Bay.

Kepada para peminat Transformers, adakah anda teruja dengan perancangan filem terbaru ini? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment