Official Trailer

Paramount Lancarkan Trailer ‘Red Band’ Terminator: Dark Fate

Views

Sempena tarikh tayangannya yang semakin hampir, Paramount Pictures telah melancarkan trailer ‘red band’ filem Terminator: Dark Fate yang memaparkan pertarungan diantara dua besi padu yang penuh dengan keganasan. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

7 tahun selepas kejadian Terminator 2: Judgement Day, sebuah Terminator (Gabriel Luna) yang sangat maju telah dihantar ke masa lampau oleh Skynet untuk menghapuskan Dani Ramos (Natalia Reyes), yang merupakan manusia cyborg dan rakannya. Sarah Connor datang untuk membantu mereka, berserta Terminator asal, dan mereka berjuang untuk masa depan.

Filem Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009) dan Terminator Genisys (2015) kini dianggap sebagai ‘alternate timeline’ dan tidak terikat dengan garismasa asal.

Filem ini menyaksikan pelakon utama francais asal kembali membawakan watak masing-masing. Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak robot Terminator, manakala Linda Hamilton dan Edward Furlong akan memainkan kembali peranan mereka sebagai Sarah dan John Connor. James Cameron akan bertindak selaku penerbit.

Terminator: Dark Fate bakal menemui penonton pada 24 Oktober ini.

BACA:  TV Spot Terbaru Han Solo: A Star Wars Story

Tinggalkan Balasan

shares