Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Paramount Lancarkan Trailer & Poster Pertama The SpongeBob Movie: Sponge On The Run!

Paramount Pictures telah melancarkan trailer dan poster pertama filem The SpongeBob Movie: Sponge on the Run. Anda boleh saksikannya dibawah.

Filem ketiga dari siri  SpongeBob SquarePants ini menampilkan watak utamanya iaitu SpongeBob yang sentiasa gembira dan riang bekerja sebagai tukang masak burger di Krusty Krab. Dia ditemani oleh rakan baiknya Patrick Star, jiranya Squidward Tentacles dan bosnya Mr. Krabs. Bersama mereka telah mengembara di sekitar bandar Bikini Bottom.

Ini merupakan filem SpongeBob pertama dalam bentuk komputer-animasi 3D dan digambarkan sebagai dedikasi kepada pencipta asal karakter SpongeBob, Steve Hillenburg yang telah meninggal dunia pada November tahun lalu.

Pelakon suara terdiri daripada Tom Kenny, Awkwafina, Clancy Brown, Rodger Bumpass, Bill Fagerbakke, dan Carolyn Lawrence.

Tim Hill bertindak selaku pengarah manakala Hans Zimmer dan Ali Dee berkolaborasi untuk menghasilkan skor dan lagu-lagu asal. Filem ini diterbitkan secara bersama Paramount Animation, Nickelodeon Movies dan United Plankton Pictures.

The SpongeBob Movie: Sponge on the Run akan menemui penonton pada 28 Mei 2020

 

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Leave a Comment