Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Lancarkan Poster Terbaru Gemini Man

Paramount Pictures telah melancarkan poster antarabangsa untuk filem sains fiksyen terbaru mereka berjudul Gemini Man. Filem arahan Ang Lee itu dibintangi Will Smith yang memainkan dua watak utama iaitu Henry Brogan dan Junior. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Gemini Man mengisahkan tentang Henry Brogen (Will Smith), seorang pembunuh upahan yang sudah tua dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda, iaitu Junior yang boleh membaca setiap pergerakannya. Brogen kini perlu membongkar kebenaran disebalik penciptaan Junior dan masa yang sama, menyelamatkan dirinya yang masih muda itu dari mengikuti jejak langkahnya yang kelam.

Cerita dan skrip ditulis oleh David Benioff, Billy Ray, serta Darren Lemke, manakala penerbit terdiri daripada Jerry Bruckheimer, David Ellison, Dana Goldberg dan Don Granger.

Turut membintangi filem ini adalah Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen, Benedict Wong, dan Linda Emond. Gemini Man akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober ini.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment