
Paramount+ telah mendedahkan trailer pandangan pertama siri aksi-nyata Halo, yang diadaptasikan dari permainan video popular bertajuk sama. Siri aksi sains-fiksyen ini dijadualkan tayangan di platfrom streaming pada tahun 2022.
Siri ini ditetapkan semasa pertempuran abad ke-26 menentang Covenant dan akan “menjalin kisah peribadi yang menarik dengan aksi, pengembaraan dan visi masa depan yang banyak dibayangkan.”
Pablo Schreiber akan menyarungkan sut Master Chief, Natascha McElhone akan memainkan peranan sebagai Dr. Halsey, dan Jen Taylor akan mengulangi peranannya sebagai Cortana. Steven Kane dan Steven Spielberg merupakan penerbit eksekutif siri ini.
Teaser pertama untuk siri itu bocor dalam talian pada akhir November sebelum Xbox akhirnya mendedahkan treler itu. Anda boleh saksikan trailer pandangan pertama Halo dibawah: