Paramount Ingin Hasilkan Filem Animasi Spice Girls

118
views

Hampir 22 tahun sejak Spice Girls muncul dalam filem pertama mereka yang berjudul Spiceworld: The Movie. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, kumpulan wanita British yang terkenal pada era 90an itu ingin kembali ke layar perak menerusi filem animasi.

Filem tersebut akan dihasilkan dengan kerjasama studio Paramount Animation. Menurut laporan itu juga, president Paramount Animation, Mireille Soria mendedahkan filem animasi Spice Girl itu kini dalam peringkat pembangunan.

Ahli kumpulan Spice Girls yang terdiri daripada Melanie Brown, Emma Bunton, Melanie Chisholm, Geri Halliwell dan Victoria Beckham juga dilaporkan telah bersetuju untuk terliabt dengan projek terbaru itu.

Skrip filem akan ditulis oleh Karen McCullah dan Kiwi Smith manakala Simon Fuller akan bertindak selaku penerbti. Dijangkakan filem tersebut akan turut menampilkan lagu-lagu popular kumpulan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here