Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount & Hasbro Sedang Bangunkan Filem Terbaru GI Joe


Selepas lama merancang, akhirnya studio Paramount dan Hasbro telah memulakan pembangunan filem GI Joe apabila telah memilih penulis skrip filem Mission: Impossible: Ghost Protocol, Josh Appelbaum dan Andre Nemec sebagai penulis skrip filem tersebut.

Laporan dari The Hollywood Reporter itu turut menyebut, salah satu karakter asal dari figura dan siri komik Marvel GI Joe iaitu “Chuckles” akan turut membuat penampilan dalam filem terbaru GI Joe itu.

Chuckles diperkenalkan menerusi siri komik GI Joe terbitan Marvel pada tahun Jun 1987 isu #60. Dia merupakan pakar penyamaran dan penyusupkan ke kawasan musuh.

Ini projek kedua Paramount dan Hasbro selepas filem solo Snake Eyes yang kini sedang dalam pembangunan. Snake Eyes akan diarahkan oleh Robert Schwentke (R.I.P.D) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulous. Filem ‘spin off’ ini akan menceritakan kisah ‘origin’ komando ninja yang menjadi kegemaran peminat. Filem yang bakal ditayangkan pada 16 Oktober tahun hadapan menyaksikan pelakon Ray Park tidak akan kembali membawakan wataknya itu.

Francais ‘live action G.I Joe dilancarkan pada 2009 menerusi filem pertama G.I Joe: Rise of Cobra yang dibintangi Channing Tatum, Marlon Wayans, Rachel Nichols, Sienna Miller, Byung-hun Lee, Ray Park, Dennis Quaid dan Joseph Gordon-Levitt. Filem kedua, G.I. Joe: Retaliation diterbitkan pada awal 2013 yang mana turut menyaksikan penambahan beberapa pelakon baru seperti Dwayne Johnson, Bruce Willis, Adrianne Palicki, Ray Stevenson dan Jonathan Pryce. Kedua-dua filem tersebut berjaya meraih $675 juta dolar seluruh dunia.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Trailer “ORPHAN: FIRST KILL” Goda Kepulangan Isabelle Fuhrman Sebagai Esther

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Paramount Umum Tarikh Pelancaran “Scream 6”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee