Paramount Pictures telah mendapat hak untuk menghasilkan filem prekuel Dracula berjudul Dracul dengan pengarah Andy Muschietti kemungkinan besar akan menduduki kerusi pengarahan. Menurut laporan Deadline, pengarah terbabit akan bekerjasama dengan penerbit Barbara Muschietti dan Roy Lee dalam penghasilan filem terbabit.
Dracul ditulis oleh Dacre Stoker dan J.D Barker dan akan berlatarbelakangkan tahun 1868.
Novel seram klasik terkenal, Dracula ditulis pada tahun 1897 oleh Bram Stoker, dan banyak kali diadaptasikan dalam bentuk filem dan siri televisyen sejak tahun 1931 sehinggalah zaman kini. Selain itu juga, Dracula juga banyak dihasilkan dalam versi animasi, komik, pementasan teater, opera, muzik dan juga cerita-cerita dalam radio. Ini mengambarkan Dracula sangat popular sejak novelnya mula diterbitkan.
Selain itu juga, filem prekuel ini juga akan dikawalselia oleh keluarga Bram iaitu Bram Stoker estate.
Apa pendapat anda mengenai filem ini dan pemilihan pengarah It sebagai pengarah filem Dracul?