Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Akan Hasilkan Semula Filem “Face/Off”


Studio Paramount dilaporkan sedang dalam proses untuk menghasilkan semula filem aksi – thriller arahan John Woo yang berjudul Face/Off. Filem ‘reboot’ itu akan dibarisi pelakon-pelakon baru, dan akan ditulis oleh Oren Uziel (Sonic the Hedgehog, 22 Jump Street).

Filem asal Face/Off yang diterbitkan pada tahun 1997 dibintangi pelakon John Travolta yang memainkan peranan sebagai ejen FBI, Sean Archer dan Nicholas Cage sebagai pengganas bernama Castor Troy, dua musuh yang telah bertukar wajah dan penampilan fizikal.

Dihasilkan dengan modal sebanyak $80 juta dolar, Face/Off berjaya meraih $245 juta dolar seluruh dunia (bersamaan $391.65 juta pada tahun ini), dan mendapat respon positif dari para pengkritik dan peminat.

Filem asal ditulis oleh Mike Werb dan Michael Colleary, dan diarahkan oleh Jon Woo. Setakat ini, barisan pelakon dan tarikh produksi filem reboot ini masih belum diumumkan pihak studio.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Trailer “ORPHAN: FIRST KILL” Goda Kepulangan Isabelle Fuhrman Sebagai Esther

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Paramount Umum Tarikh Pelancaran “Scream 6”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee