Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Para Pelakon ‘Supernatural’ Bersedih, Musim Ke-15 Menjadi Musim Terakhir

Dalam suasana yang cukup beremosi, para bintang dan barisan kreatif siri televisyen Supernatural terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat semasa sesi panel di Hall H, San Diego Comic-Con. Ini kerana, siri terpanjang di CW itu akan berakhir selepas musim ke-15 akan datang.

Pelakon Jensen Ackles dan Jared Padelecki pada mulanya cuba untuk tidak beremosi semasa sesi awal penerangan, namun apabila sampai ke penghujung sesi, kedua-dua tidak dapat menahan air mata sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong mereka selama bertahun-tahun.

“I’m trying not to cry,” “Can we all just start crying so I don’t feel so weird?”

“It really is hard to express the takeaway from this experience. Fourteen years and change is a long time. This guy was in his early twenties. We hooked it up to Vancouver, thinking we’d press pause, put our lives on hold for a season, maybe two, if we were lucky. And then we would come back and press play and life would go on. It never got un-paused, I’m very thankful it didn’t. It’s been quite a ride.”

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penamat siri Supernatural, “showrunner” Andrew Dabb menyatakan bahawa mereka telah membuat penilaian tentang bagaimana episod terakhir akan memberi kesimpulan yang memuaskan untuk peminat.

“I’ve been on the show for 12 years,” “The things we have in mind, about 30 percent of people will be really happy.”

Supernatural pertama kali ke udara pada September 2005 dan ia menjadi siri televisyen sains fiksyen paling lama disiarkan dalam sejarah rancangan TV. Siri ini mengisahkan tentang dua beradik pemburu hantu iaitu Sam dan Deadn Winchester yang mengembara serata negeri untuk mencari ayah mereka dan masa yang sama perlu menentang makhluk-makhluk ghaib yang jahat, syaitan, zombi dan “undead”

Musim terakhir Supernatural mengandungi 20 episod, dan akan memulakan siarannya pada 10 Oktober ini.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment