Official TrailerSiri TV

Paparan Aksi Yang Cukup Padat Dalam Trailer Terakhir The Witcher

Views

Netflix telah melancarkan trailer terakhir siri adaptasi The Witcher yang memberi fokus kepada usaha Geralt melindungi Puteri Cirilla dari Nifgaard.

Dibintangi Henry Cavill, Anya Chalotra dan Freya Allan, siri ini akan mula menemui penonton pada 20 Disember akan datang. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski, The Witcher mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri 8 episod ini dibintangi bekas bintang filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg. The Witcher akan bersiaran di platform penstriman video Netflix pada 20 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks