Trivia

Panduan Terbaik Untuk Menonton Filem - Filem Star Wars

Views

Selepas 8 episod filem, Skywalker Saga semakin menghampiri ke penghujung menerusi filem Star Wars: The Rise of Skywalker. Bagi peminat yang merancang untuk menonton The Rise of Skywalker, tetapi mahu melayan filem-filem sebelumnya terlebih dahulu, pasti tertanya-tanya filem manakah yang patut dimulakan.

Adakah patut dimulakan dengan filem pertama Star Wars iaitu A New Hope, ataupun bermula secara kronologi dengan menonton filem Star Wars Episode I: The Phantom Manace.

Sebenarnya susunan filem-filem Star Wars tidaklah rumit seperti filem-filem bertemakan adiwira yang memiliki susunan filem yang sedikit kompleks. Setiap filem utama Star Wars iaitu Skywalker Saga memiliki perkataan 'Episode' pada setiap tajuk mereka bagi memudahkan peminat menonton filem Star Wars mengikut kronologi.

Tapi menonton secara kronologi agak kurang menarik kerana tiada elemen plot twist. Jadi, dengan mengambil inspirasi dari artikel Polygon, kami ingin kongsikan panduan untuk menonton filem-filem Star Wars mengikut urutan yang menarik, agar anda dapat merasai kejutan, debaran serta plot twist.

Nota: Urutan ini tidak termasuk siri televisyen The Mandalorian serta filem dan siri animasi

AMARAN SPOILER!!!! Bagi yang tidak pernah menonton Star Wars dan merancang untuk 'marathon', anda disarankan untuk sekadar membaca tajuk-tajuk sahaja.

Rogue One: A Star Wars Story  (Prelude kepada Peperangan Galaksi)

 

Rogue One: A Star Wars Story akan dijadikan mukadimah dalam penggembaraan anda merasai peperangan galaksi diantara Jedi dan Sith.

Filem ini menceritakan sepasukan tentera Rebel Alliance yang yang diketuai oleh Jyn Erso pergi ke pengkalan Galactic Empire untuk menjalankan operasi berani mati, mencuri Plan Death Star. Kisah para pejuang Rebel Alliance ini bakal disebut oleh Mon Mothma dalam filem Episode IV dimana mereka sanggup mengingkar arahan dan mengorbankan diri untuk mendapatkan pelan senjata pemusnah.

Penamat filem ini juga adalah permulaan kepada Skywalker Saga.

Star Wars Episode IV: A New Hope

Selepas menyaksikan pertempuran yang cukup 'intense' dalam filem Rogue One, anda boleh terus ke Star Wars Episode IV: A New Hope. Ini kerana pengenalan filem ini bersambung terus dari filem Rogue One, dan ia juga permulaan kepada Skywalker Saga.

Kenapa kita harus memulakan Episode IV, bukannya Episode I?  Ini kerana filem ini dan filem selepasnya (Empire Strike Back) akan mengekalkan elemen kejutan dan plot twist - sesuai untuk mereka yang tidak pernah menonton filem-filem Star Wars.

Tajuk A New Hope memberi dua maksud dalam filem ini, iaitu kemunculan Luke Skywalker yang bakal menjadi penyelamat galaksi dan juga pelan Death Star yang diterima oleh Princess Leia dalam filem Rogue One.

Tapi saya lebih memilih penerimaan pelan Death Star oleh Princess Leia sebagai "A New Hope" buat Rebel Alliance (Disini pentingnya untuk menonton Rogue One). Dalam Rogue One, Rebel Alliance telah putus harapan selepas mengentahui Galactic Empire telah membina senjata pemusnah Death Star. Namun selepas menerima pelan senjata pemusnah itu, penjuangan Rebel Alliance kembali bersinar.

Disini Luke Skywalker memainkan peranannya sebagai seseorang pilot dalam misi berani mati untuk menyerang dan memusnahkan senjata merbahaya Galactic Empire itu. A New Hope juga menceritakan penggembaran Luke Skywalker sebelum menjadi seorang Jedi.

Star Wars Episode V: Empire Strike Back.

Empire Strike Back merujuk kepada Battle of Hoth. Selepas dikejutkan dengan serangan Rebel Alliance yang memusnahkan senjata utama mereka, Galactic Empire telah menyerang balas pengkalan utama Rebel Alliance yang terletak di sistem Hoth dengan tujuan untuk menghapuskan pemberontakan secara mutlak.

Episode V ini juga merupakan antara episod yang paling menarik sekali. Ingat tak mengenai elemen dramatik dan kejutan? Filem ini akan mendedahkan latarbelakang sebenar Luke Skywalker dan kaitannya dengan Princess Leia dan Darth Vader.

Star Wars Episode I: The Phantom Manace. (Flashback)

Selepas mengentahui latarbelakang Luke Skywalker dalam filem Empire Strike Back, anda perlu menonton filem Star Wars Episode I: The Phantom Manace sebagai bahagian 'flashback' dalam Skywalker Saga. Filem pertama trilogi kedua Star Wars ini membawa penonton jauh ke masa lampau Darth Vader / Anakin Skywalker untuk mengentahui siapakah sebenarnya Darth Vader  dan bagaimana dia terjebak kearah kejahatan.

Episode I tidak begitu menceritakan perihal Anakin Skywalker, sebaliknya lebih menumpukam konflik politik diantara Jedi dan Sith serta rancangan Sith yang mahu menguasai kembali galaksi.

Bagaimanapun Episode ini turut menceritakan kenapa Qui-Gon Jinn benar-benar mahu Anakin menjadi seorang Jedi. Mahaguru Jedi itu melihat potensi yang ada pada Anakin tetapi Jedi Council termasuklah pelajarnya, Obi-Wan Kenobi beranggapan Anakin sangat merbahaya walaupun pada awalnya Anakin dianggap sebagai 'the Chosen One'.

Star Wars Episode II: Attack of the Clones (Flashback)

Attack of the Clones merujuk kepada Battle of Geonosis dimana angkatan tentera Clone pertama kali diperkenalkan dalam peperangan galaksi. Mahaguru Yoda telah mengetuai pasukan tentera Clone dalam misi menyelamatkan Jedi yang diperangkap musuh dan seterusnya menjadi permulaan kepada Clones Wars (filem animasi)

Filem ini memaparkan babak-babak romantik diantara Anakin dan Padme, dan menjadi punca utama Anakin terpesong kearah Dark Side. Selain itu juga, Attack of the Clones turut memaparkan perancangan Sith yang semakin hampir untuk menggulingkan Galactic Republic dan seterusnya menguasai galaksi.

Star Wars Episode III: Revenges of the Sith (Flashback)

Selepas tewas dalam peperangan menentang Jedi ratus tahun dahulu, Sith mula merancangan untuk kembali berkuasa, dan kemuncaknya dipaparkan dalam Star Wars Episode III: Revenges of the Sith.

Episod ini yang menceritakan bagaimana Republic tumbang dan seterusnya menjadi Rebel Alliance. Selain itu juga, penonton akan merasai klimaks yang cukup 'intense' dimana Anakin akhirnya berubah ke arah Dark Side selepas dipengaruhi Emperor Palpatine. Kemunculan Emperor Palpatine juga merupakan antara plot twist dalam Skywalker Saga.

Penamat filem ini akan menjawab hubungan diantara Luke dan Princess Leia serta dendam kesumat Darth Vader terhadap Obi-Wan Kenobi. Selain itu juga, Ketiga-tiga filem 'flashback' ini akan memberi lebih banyak informasi mengenai peperangan galaksi diantara Jedi dan Sith terutamanya konflik keluarga Skywalker.

Star Wars Episode VI: Return of the Jedi

Setelah anda mengentahui sejarah Darth Vader, anda boleh terus menyaksikan filem Star Wars: Episode VI: Return of the Jedi Filem ini akan menjadi klimaks pertama untuk Skywalker Saga dimana ia memaparkan pertembungan terakhir diantara Luke Skywalker dan Darth Vader.

Return of the Jedi membawa maksud kepada kepulangan seorang Jedi selepas dicengkam kejahatan. Ia merujuk kepada usaha Luke yang cuba menyelamatkan ayahnya keluar dari Dark Side.

Return of the Jedi pada awalnya dianggap sebagai konklusi kepada peperangan galaksi, namun selepas terbitnya filem A Force Awakens, konflik galaksi dan Saga Skywalker diteruskan sehingga ke filem The Rise of Skywalker. 

Star Wars Episode VII: The Force Awakens

Selepas Galactic Empire musnah sepenuhnya dalam Battle of Jakku (anda boleh lihat tinggalan peperangan Jakku dalam aksi kejar mengejar diantara pesawat Millenium Falcon dan Pilot First Order dalam filem ini), First Order telah bangkit dari saki baki abu Empire dan berazam untuk kembali menguasai galaksi.

Pada waktu ini, hanya Luke sahaja pahlawan Jedi yang masih wujud sehinggalah Rey membangkitkan kuasa force dalam dirinya. Kuasa force yang cukup kuat itu benar-benar mengejutkan Kylo Ren dan ketuanya, Supreme Leader

Walaupun ramai beranggapan The Force Awakens copypaste A New Hope, ia telah mengembangkan cerita mengenai kuasa Force dimana kuasa tersebut tidak semestinya dimiliki oleh Jedi. Selain itu juga, latarbelakang Rey yang misteri menjadi salah satu faktor dalam merungkai persoalam dalam keluarga Skywalker.

Solo: A Star Wars Story (Flashback)

Solo: A Star Wars Story tidak memberi kesan besar kepada keseluruhan susunan filem serta penggembaraan Skywalker Saga. Tetapi anda boleh menganggap filem ini sebagai penghormatan kepada karakter Han Solo yang juga merupakan antara karakter utama dan karakter asal dalam francais Star Wars.

Solo berkisarkan tentang kisah lampau Han Solo sebagai penyeludup terhebat galaksi sebelum dia menyertai Rebel Alliance. Filem ini ditetapkan beberapa tahun sebelum peristiwa Rogue One, dimana Galactic Empire sedang mengembangkan kekuasaannya. Namun ia tidak memberi fokus kepada peperangan galaksi, sebaliknya lebih tertumpu kepada permulaan karier Han Solo sebagai penyeludup.

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi

Misteri latarbelakang Rey diteruskan pada filem ini. Tiada siapa tahu siapakah keluarga sebenar karakter utama dalam trilogi terbaru Star Wars ini, tetapi disebabkan dia memiliki kuasa force, ia menimbulkan persoalan yang cukup besar kepada peminat.

Star Wars Episode VIII: The Last Jedi menyaksikan pasukan Resistance ditekan dengan begitu teruk oleh First Order, dan bagi menyelamatkan saki baki pasukan Resistance, Luke Skywalker menggunakan langkah terakhirnya dalam menghalang bekas anak muridnya iaitu Kylo Ren. Dengan hanya tinggal General Leia Organa, Skywalker Saga bakal menuju kepenghujung menerusi filem Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker.

Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker 

Star Wars Episode IX: The Rise of Skywalker akan menjadi menjadi konklusi kepada Skywalker Saga. Adakah latarbelakang Rey akan didedahkan dalam filem ini, dan apa yang akan berlaku kepada Kylo Ren serta musuh-musuh Resistance? ketahuinya pada 20 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks