Berita

Pandangan Terbaru Emma Stone Sebagai Cruella De Vil

Emma Stone sebagai villain!

Views

Bintang filem Zombieland: Double Tap, Emma Stone bakal muncul dalam filem terbaru yang diadaptasikan buku “The Hundred and One Dalmatians”. Filem berjudul Cruella itu menampilkan Emma Stone sebagai ‘villain’ Cruella De Vil

Cruella kini sedang sibuk menjalani penggambaran di UK, dan beberapa gambar di set penggambaran telah mula tertiris di Internet. Gambar-gambar tersebut memaparkan pandangan terbaru Emma Stone sebagai Cruella berserta seorang pelakon iaitu Joel Fry yang memainkan peranan sebagai Jasper.

Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah.

Filem arahan Craig Gillespie (I, Tonya) ini turut dibintangi pelakon seperti Emily Beecham, Paul Walter dan Emma Thompson.

Berlatarbelakangkan era 70an, filem ini akan meneroka kisah antagonis utama dalam buku “The Hundred and One Dalmatians” yang ditulis oleh Dodie Smith pada tahun 1956. Karakter Cruella sebelum ini pernah disuarakan oleh Betty Lou Gerson dalam filem animasi Disney yang diterbitkan pada 1961 dan pernah dilakonkan oleh Gleen Close dalam filem ‘live-action’ yang diterbitkan pada 1996 berserta filem sekuel, 102 Dalmatians yang diterbitkan pada tahun 2000.

Cruella dijangka akan menemui penonton pada 28 Mei 2021

BACA:  D23: Wyatt Russell Akan Memainkan Peranan U.S. Agent Dalam Siri Falcon And Winter Soldier

Tinggalkan Balasan

shares