Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pandangan Tajam Yeo Jin Goo & Shin Ha Kyun Dalam Poster Drama Terbaru “Beyond Evil”

JTBC telah mengeluarkan poster untuk drama terbaru berjudul Beyond Evil (sebelum ini berjudul Monster) yang menampilkan Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun!. Anda boleh saksikannya dibawah.

Monster adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Shin Ha Kyun memainkan peranan sebagai Lee Dong Shik, bekas detektif di divisyen jenayah berat yang diturunkan pangkat ke sarjan dan bertugas di balai polis tempatan. Dia melakukan tugas-tugas pelik di balai itu, tetapi kehidupan berubah apabila menemui semula kes pembunuhan bersiri yang pernah menggegarkan dunianya 20 tahun yang lalu. 

Yeo Jin Goo memainkan peranan sebagai detektif elit Han Joo Won. Dia tiba ke balai polis tempatan di Manyang dengan rahsia, dan dia terperangkap dalam suasana dingin ketika bertemu dengan rakan setugasnya, Lee Dong Shik, yang lebih mengerikan daripada raksasa.

Beyond Evil dijadualkan tayangan pada Februari 2021. Saksikan trailer disini.

Related posts

Seo Ye Ji Keluar Dari Drama Terbaru OCN

Zulaikha

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

5 REASONS WHY NEW SERIES LAW SCHOOL WILL MEET YOUR EXPECTATIONS

Zulaikha

Rating “River Where The Moon Rises” Sedikit Meningkat

Zulaikha

Choa Kongsi Keterujaan Sertai Kembali “Running Man” Selepas 6 Tahun

Isqandar

TVBAnywhere+ App Launches Full Service in Malaysia Featuring Latest and Live Programs From TVB

Zulaikha