BeritaSiri TV

Pandangan Pertama Tom Hiddleston & Sophia Di Martino Di Set Penggambaran LOKI

Views

Penggambaran siri Disney+ Loki telahpun bermula secara rasmi. Sehubungan dengan itu, beberapa keping gambar di set penggambaran telah tersebar dimedia-media sosial. Dalam gambar tersebut, ia memaparkan Loki lakonan Tom Hiddleston, sedang dikawal TVA (Time Variance Authority).

Selain itu juga, peminat dapat melihat pandangan pertama karakter lakonan Sophia Di Martino. Anda boleh saksikan gambar-gambar set penggambaran Loki dibawah.

Siri Loki akan membawa penonton meneroka penggembaraan God of Mischief itu selepas dia berjaya mencuri Tesseract dalam filem Avengers: Endgame. Setakat ini plot utama siri masih lagi tersimpan rapi, tetapi menurut Hiddleston, karakternya akan menggunakan Tesseract untuk mencetuskan lebih banyak huru-hara.

Menyertai Hiddleston dalam barisan pelakon adalah Sophie Di Martino, Owen Wilson dan Gugu Mbatha-Raw. Di Martino dikhabarkan akan membawa watak sebagai Lady Loki.

Penulis Rick and Morty, Michael Waldron dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip siri Loki, manakala Kate Herron dilaporkan akan bertindak sebagai pengarah.

Loki dijangka akan bersiaran di laman penstriman Disney+ pada penghujung musim bunga 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks