You are here Home » Pandangan Pertama Sophia Lillis Sebagai Gretel Dalam Filem “Gretel & Hansel”

Pandangan Pertama Sophia Lillis Sebagai Gretel Dalam Filem “Gretel & Hansel”

Orion Pictures telah melancarkan pandangan pertama Sophia Lilis sebagai Gretel dalam filem terbaru Gretel & Hansel, adaptasi kisah dongeng klasik yang diberi sentuhan yang lebih suram dan gelap. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Adaptasi kisah dongeng tulisan Brothers Grimm, Gretel and Hansel ditetapkan dimasa lampau disebuah tempat yang terpencil dimana ia menceritakan tentang gadis muda yang memimpin adiknya ke hutan yang agak gelap kerana terdesak untuk mencari makanan dan pekerjaan, bagaimanapun mereka berhadapan dengan kejahatan yang menakutkan.

Filem ini ditulis oleh Rob Hayes dan diarahkan oleh bekas pengarah The Blackcoat’s Daughter, Osgood Perkins.

Lilis turut disertai Sammy Leakey yang memainkan peranan sebagai Hansel, Alice Krige sebagai Holda, Jessica De Gouw sebagai Holda semasa kecil dan Charles Babalola sebagai The Hunter.

Gretel & Hansel akan menemui penonton pada 31 Januari 2020.

BACA:  Tarikh Tayangan Filem Wonder Woman 2 Diumumkan
Loading...