Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Pandangan Pertama Siri Live-Action “Powerpuff Girls” Telah Didedahkan, Penggambaran Sudah Bermula

Menerusi media sosial Instagram, pengarah Maggie Kiler mengesahkan bahawa penggambaran siri live-action Powerpuff Girls telahpun bermula secara rasmi. Pembangunan projek ini pertama kali diumumkan pada tahun lalu, dan rangkaian The CW kemudiannya memberi lampu hijau untuk menghasilkan episod perintis pada bulan Februari yang lalu. 

Selain itu juga, beberapa gambar belakang tabir dari set penggambaran Powerpuff Girl turut didedahkan kepada umum, memberikan pandangan pertama trio superhero dengan kostum yang mengikut warna mereka. Anda boleh melihat gambar-gambar tersebut berserta logo rasmi dibawah.

Siri aksi-nyata ini melihat trio utama sebagai gadis berusia 20an yang kecewa serta tidak suka menghabiskan seluruh masa kanak-kanak mereka untuk memerangi jenayah. Mereka kemudiannya bergelut untuk bersatu semula kerana dunia memerlukan mereka lebih daripada sebelumnya.

Powerpuff Girl diterajui bintang Agents of S.H.I.E.L.D. Chloe Bennet dan Dove Cameron bersama Yana Perrault, yang memainkan peranan sebagai Blossom, Bubbles dan Buttercup. Menyertai mereka adalah Donald Faison (Scrubs) sebagai Professor Drake Utonium dan Nicholas Podany (Hart of Dixie) sebagai anak kepada Mojo Jojo.

Siri ini ditulis dan diterbitkan oleh Heather Regnier (iZombie) dan Diablo Cody (Jennifer’s Body). Greg Berlanti (Arrowverse), Sarah Schechter dan David Madden, yang mewakili Berlanti Productions, akan menjadi penerbit eksekutif, manakala Warner Bros. Television akan menjadi penerbit projek ini. Maggie Kiler turut terlibat dengan menjadi pengarah. 

The Powerpuff Girls diciptakan oleh Craig McCracken dan memulakan debut pada tahun 1998, berpusat pada Professor Utonium ketika dia berusaha untuk mencipta gadis kecil yang sempurna, tetapi berakhir dengan terciptanya trio Blossom, Bubbles dan Buttercup dari gabungan gula, rempah, semua yang bagus dan Chemical X yang misterius. Siri ini mendapat pujian ramai selama jangka masa enam musim. Filem pertama telah ditayangkan pada tahun 2002, dan mendapat kejayaan kritikal dan komersial yang sederhana.

Related posts

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

The Flash: Pandangan Pertama Jordan Fisher Sebagai Impulse

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran Star Wars: Andor Dedah Pandangan Pertama Diego Luna

Kakimuvee

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Pandangan Pertama Jejaka Kegemaran Dunia & Pakar Penyamaran Di “Lupin Part 2”

Kakimuvee