Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama ‘Secret Invasion’ Yang Menampilkan Samuel L. Jackson Sebagai Nick Fury

Marvel Studios telah mendedahkan logo terbaru dan gambar pertama siri terbaru MCU yang akan datang, Secret Invasion, menampilkan kepulangan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury. Gambar tersebut menunjukkan wajah Fury tanpa penutup mata, mendedahkan matanya yang buta dan parut yang dia terima selepas cakar kucing Goose the Flerken semasa dalam filem Captain Marvel. 

Siri Disney+ Secret Invasion ditetapkan sebagai siri 6 episod yang akan diterajui oleh bintangu utama MCU, Samul L. Jack, yang mengulangai peranannya sebagai Nick Fury untuk kali kedua belas dalam aksi langsung sejak pertama kali memainkan peranan itu dalam Iron Man tahun 2008. Dia akan bekerjasama dengan bintang Captain Marvel, Ben Mendelsohn, yang kembali sebagai Talos, ketua bangsa Skrull.


Menyertai mereka adalah pendatang baru MCU, Kingsley Ben-Adir (One Night in Miami) sebagai vilain utama, Olivia Colman (The Crown), Emilia Clarke (Game of Thrones), Killian Scott (Dublin Murders), dan Christopher McDonald (Happy Gilmore), dengan Carmen Ejogo (Fantastic Beasts) baru-baru ini dikhabarkan sedang dalam rundingan untuk menyertai siri akan datang. 

Berdasarkan siri komik karya Brian Michael Bendis, Leinil Francis Yu, Mark Morales, dan Laura Martin, Secret Invasion diarahkan oleh Thomas Bezucha dan Ali Selim (The Looming Tower) dengan Kyle Bradstreet (Mr. Robot) sebagai penerbit ekskutif. Penggambaran dijangka bermula pada penghujung tahun ini bertempat di Eropah. 

Siri crossover Marvel Comic ini berpusat pada pencerobohan jangka panjang oleh Skrulls, yang secara diam-dia telah menggantikan banyak pahlawan super di Marvel Universe dengan menyamar selama beberapa tahun sebelum mereka menceroboh Bumi.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment