Berita

Pandangan Pertama Sam Worthington, Zoe Saldana & Ramai Lagi Di Set Penggambaran AVATAR 2

Views

Gambar belakang tabir Avatar 2 mula tular dilaman sosial, yang menampilkan pandangan pertama pelakon Sam Worthington dan Zoe Saldana bersama-sama pelakon baru, Kate Winslet dan Cliff Curtis, dimana mereka sedang berehat sebentar selepas menjalani penggambaran didalam air. Anda boleh saksikan gambar penuh dibawah.

Avatar 2 menyaksikan beberapa pelakon asal akan kembali membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald dan Sigourney Weaver.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement dan Oona Chapin dan beberapa pelakon muda yang lain.

Watak Colonel Miles Quaritch lakonan Stephen Lang dilaporkan turut kembali dalam 4 sekuel akan datang, dan kekal menjadi watak penjahat utama sepanjang keseluruhan filem. Penggambaran Avatar 2 dan Avatar 3 telah bermula sejak 25 September 2017.

BACA:  Filem Perang GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Akan Ditayangkan Di Apple TV+

Avatar 2 telah ditetapkan tarikh tayangan pada 17 Disember 2021, manakala Avatar 3 pada 22 Disember 2023. Filem Avatar 4 telah ditetapkan pada 19 Disember 2025 dan Avatar 5 pada 17 Disember 2027. Bagaimanapun, perancangan filem Avatar 4 dan bergantung pada kejayaan box office dua filem Avatar sebelum itu

Tinggalkan Balasan

shares