
SBS telah mendedahkan pandangan pertama karakter lakonan Pyo Ye Jin dalam drama akan datang “Taxi Driver”.
Pyo Ye Yin, yang menggantikan tempat Naeun, akan memainkan peranan sebagai Ahn Go Eun, seorang penggodam yang bekerja untuk Rainbow Taxi. Dia adalah mangsa jenayah yang telah merampas seluruh keluarganya, dan sekarang bekerja di Rainbox Taxi sebagai mata’ dan ‘telinga’ kepada Kim Do Gi (Lee Je Hoon), dengan menggodam semua jenis peranti digital seperti CCTV, telefon pintar, dan komputer.
Anda boleh melihat gambar pertama Pyo Ye Yin dalam gambar dibawah (via Soompi)

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang. Turut membintangi drama ini adalah Lee Je Hoon, Esom, dan Kim Eui Sung. Park Joon Woo mengarahkan drama terbaru ini berdasarkan skrip yang ditulis Oh Sang Ho.
“Taxi Driver” akan mula bersiaran sebaik sahaja “The Penthouse 2” berakhir, iaitu pada 9 April jam 10 malam waktu Korea Selatan.