Pandangan Pertama Pelakon Filem Zombieland: Double Tap!

0
54
views

Setelah sekian lama menanti, akhirnya sekuel Zombieland telah pun dihasilkan. Filem yang berjudul Zombieland: Double Tap! itu telah pun mendapat tarikh tayangannya iaitu pada 11 Oktober 2019.

Sementara menantikan filem Zombieland: Double Tap! ditayangkan, studio yang menerbitkan filem tersebut telah mendedahkan padangan pertama pelakon-pelakon asal yang kembali membintangi sekuel kali ini. Anda boleh gambar perbezaan 10 tahun diantara gambar filem pertama dan kedua dibawah.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah filem pertama Ruben Fleischer kembali mengarahkan sekuel kali ini, begitu juga dengan penulis skrip Rhett Reese dan Paul Wernick.

Filem ini masih mengekalkan pelakon utama iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin.

Filem Zombieland pertama menyaksikan 4 individu asing bertemu sesama sendiri secara tidak sengaja ketika dunia sedang mengalami malapetaka Zombi. Pada mulanya mereka ingin berbunuhan sesama sendiri, namun lama-kelamaan, mereka mula mempercayai antara satu sama lain dan menjadi sebuah kumpulan yang kuat dalam menghadapi mayat-mayat hidup.

Filem yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

Zombieland: Double Tap! dijangka akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here