Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Oscar Isaac Sebagai Moon Knight Tertiris

Peminat Moon Knight pastinya tidak sabar untuk melihat pandangan pertama Oscar Isaac sebagai watak antihero utama, dan kini kita berpeluang melihat bagaimana penampilan Isaac dalam kostum Moon Knight menerusi beberapa gambar yang telah tertiris di media sosial. 

Gambar pertama, yang dipercayai dari rakaman siri Disney+ Moon Knight, tidak begitu jelas tetapi peminat masih boleh melihat sut Moon Knight, tetapi gambar kedua jauh lebih terang dan jelas. Anda boleh lihat kedua-dua gambar tersebut dibawah:

Melihat pada pandangan awal, kostum yang digunakan dalam siri akan datang kelihatan hampir sama dengan versi komik, tetapi jangkakan perubahan yang akan dilakukan Marvel Studios yang mungkin akan membuat sut itu lebih praktikal/taktikal. 

Siri terbaru Marvel Disney+ ini ditulis dan dibangunkan pencipta siri televisyen “The Umbrella Academy”Jeremy Slater. Kesemua episod akan diarahkan oleh pembikin filem dari Mesir, Mohamed Diab, dengan Gregory Middleton (Final Girl, Watchmen, Game of Thrones) dan Stefania Cella (Morbius) masing-masing sebagai sinematografer dan perekabentuk produksi.

Karakter Moon Knight dicipta Doug Moench dan Don Perlin pada tahun 1975 menerusi komik “Werewolf by Night” #32. Moon Knigth merupakan alter ego Marc Spector, seorang peninju dan bekas askar marine Amerika Syarikat, yang mencipta beberapa identiti seperti pemandu teksi bernama Jake Lockley dan jutawan playboy bernama Steven Grant, dalam usahanya membanteras jenayah. 

Abiliti Spector sebelum ini bergantung pada kitaran bulan dimana ia membantu meningkatkan kekuatan, kepantasan dan ketahanannya. Bagaimanapun, versi terbaru karakternya mirip seperti karakter komik DC, Batman dimana dia bergantung pada teknologi dan kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, serta kemahirannya sebagai detektif.

 

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment