
Setiap bulan Ramadhan, kita akan disajikan siri telefilem Puasa dari pengarah Mamat Khalid.
Sejak 15 Puasa, penonton akan melihat telatah lucu pemuda-pemuda disebuah kampung yang cuba untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Kini, Mamat Khalid bakal kembali dengan telefilem terbaru berjudul 18 Puasa, yang mana, peminat sekali akan melihat satira parodi masyarakat melayu ketika mereka berpuasa.
Setakat ini, jalan cerita dan barisan pelakon masih diketahui. Berkemungkinan besar, telefilem akan datang bakal dibarisi pelakon filem terdahulu dengan penambahan beberapa pelakon baru, seperti Nam Ron.
Menerusi perkongsian di media sosial, Mamat Khalid dan Nam Ron mendedahkan kepada peminat pandangan pertama telefilem 18 Puasa. Gambar tersebut memaparkan “dak Ngasri bertemu dengan … iblis” (Lakonan Nam Ron).
Anda boleh saksikan pandangan pertama telefilem 18 Puasa dibawah.
Siri telefilem Puasa merupakan satira komedi yang memaparkan gelagat sesetengah masyakat melayu ketika berpuasa. Dalam siri ini, ia menceritakan geng plastik hitam disebuah kampung, yang melakukan pelbagai cara untuk tidak berpuasa ketika bulan ramadhan.
Telefilem pertama iaitu 15 Puasa telah ditayangkan di pada 2004, diikuti sekuelnya, 16 Puasa pada 2017. 16 Puasa cukup popular dikalangan penonton, dan rata-ratanya tidak ketahui kewujudkan 15 Puasa. Filem ketiga 17 Puasa telah ditayangkan pada 2019