Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Kong Yang Sudah Dewasa Dalam Komik Prekuel GODZILLA VS. KONG

Godzilla vs Kong menjadi filem yang dinanti-nantikan para peminat ‘MonsterVerse’ kerana ia bakal memaparkan pertarungan epik diantara Godzilla dan Kong. Namun begitu, trailer rasmi masih belum dilancarkan Legendary, dan peminat tertanya bagaimana bentuk fizikal Kong dalam menghadapi lawannya yang lebih sasa dan besar.

Dalam sesi panel “Legendary Comics: Monsterverse Publishing 2020” yang berlangsung semasa [email protected] 2020, pandangan pertama Kong yang sudah dewasa didedahkan kepada umum.

Kong bukan sahaja mengalami perubahan fizikal yang cukup ketara, malah ia juga turut memiliki jambang yang membuatkannya kelihatan lebih ‘garang’. Anda boleh saksikan penampilan terbaru Kong dibawah.

Godzilla vs Kong arahan Adam Wingard merupakan sambungan kepada King of the Monsters dan Kong: Skull Island. Filem kali ini menyaksikan Millie Bobby Brown, Kyle Chandler, dan Zhang Ziyi kembali memainkan peranan mereka mereka dalam filem sebelumnya. Turut menyertai barisan pelakon Julian Dennison, Brian Tyree Henry, Jessica Henwick, Demián Bichir, dan Rebecca Hall.

Godzilla vs Kong akan ditayangkan pada 20 November 2020.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment