Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Nampaknya bukan Miles “Tails” Prower sahaja yang menyertai barisan pelakon sekuel Sonic the Hedgehog 2.

Sekuel Sonic the Hedgehog 2 telahpun memulakan penggambarannya pada bulan lalu, dan kini perkembangan yang menarik buat peminat. Menurut laman Comingsoon.net, beberapa gambar belakang tabir telah tersebar di atas talian dan gambar tersebut telah memaparkan karakter yang dikenali peminat iaitu Knickles the Echidna. 

Echidna merah itu telah menjadi saingan mesra Sonic sejak dia memulakan debutnya pada tahun 1994 dalam permainan video Sonic the Hedgehog 3 dan telah mendapat peranan utamanya dalam Sonic & Knuckles pada tahun yang sama. Sejak itu dia menjadi karakter tetap dalam siri permainan video Sonic dan telah menjadi salah satu watak paling popular dalam siri permainan video Sega.

Hampir kesemua pelakon asal dan krew kembali dalam sekuel Sonic the Hedgehog 2. Jeff Fowler kembali sebagai pengarah selepas berjaya membuat keuntungan besar pada filem pertama. Turut kembali dalam sekuel kali ini adalah penulis skrip Pat Casey dan Josh Miller, dan penerbit yang terdiri daripada eal H. Mortiz, Toby Ascher dan Toru Nakahara

Filem pertama telah dilancarkan pada 14 Februari 2020 dan berjaya mendapat pujian pengkritik dan penonton. Paramount Pictures menetapkan tarikh tayangan Sonic the Hedgehog 2 pada 8 April 2022.

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee