Siri TV

Pandangan Pertama Javicia Leslie Sebagai Batwoman

Views

Produksi Batwoman kembali diteruskan selepas terhenti, dan pelakon yang menggantikan tempat Ruby Rose, Javicia Leslie telah kongsikan gambar pertama dirinya sebagai Ryan Wilder aka Batwoman. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah. 

Buat masa ini, kelihatan karakter Wilder menggunakan kostum dan rambut palsu yang dipakai oleh Kate Kane untuk bertempur. Leslie berjanji bahawa wataknya akan mengenakan kostumnya sendiri dimasa hadapan.  

Leslie bukan satu-satunya pelakon baharu untuk musim kali ini. Dia disertai Leah Gibson yang akan memainkan peranan sebagai The Whisper, seorang pembunuh upahan yang berperanan sebagai orang kanan Safiyah, serta Nathan Owen, sebagai Ocean. 

Musim kedua Batwoman akan kembali di TheCW pada 2021.

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks