Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Jared Leto Sebagai Joker Dalam “Justice League” Versi Snyder

Pandangan rasmi pertama Jared Leto sebagai Joker akhirnya tertiris apabila laman Vanity Fair mendedahkan dua gambar terbaru Justice League yang menampilkan karakter antagonis popular komik DC itu. 

Apa yang menariknya, penampilan Joker dalam filem Justice League akan datang amat berbeza berbanding versi David Ayer dalam filem Suicide Squad (2016). Anda boleh saksikan gambar-gambar Joker dibawah.

Selepas gagal dipentas box office, Justice League dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru Justice League.

Didorong untuk memulihkan sifat kemanusia dan diinspirasikan dari tindakan Superman yang tidak mementingkan diri sendiri, Justice League menyaksikan Bruce Wayne meminta bantuan dari sekutunya nya baru, Diana Prince, untuk menghadapi musuh yang lebih hebat.

Bersama-sama, Batman dan Wonder Woman berkerja keras untuk mencari dan merekrut pasukan ‘metahuman’ dalam usaha menentang ancaman baru. Meskipun terbentuknya pasukan hebat yang terdiri daripada Batman,Wonder Woman, Cyberog, Aquaman dan The Flash, usaha mungkin sudah terlambat yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan yang menakutkan.

Justice League, yang menampilkan lakon layar dari Chris Terrio dari cerita oleh Snyder dan Terrio, dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Justice League versi Zack Snyder akan memulakan tayangannya di HBO Max pada 18 Mac ini. Bagi penonton di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, anda berpeluang menonton filem ini di HBO Go pada tarikh yang sama.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment