Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Thor: Love and Thunder” menyaksikan kehadiran semula watak Jane Foster selepas tidak muncul dalam filem “Thor: Ragnarok”.

Terbaru, peminat boleh melihat pandangan pertama Jane Foster lakonan Natalie Portman bersama Valkyrie lakonan Tessa Thompson dalam gambar belakang tabir terbaru “Thor: Love and Thunder”

Dalam salah satu perkongsian dibawah, anda boleh melihat aksi yang dilakonkan ‘stunt double’ Portman yang memaparkan Jane diangkat ke udara, yang mungkin merupakan tranformasi wataknya menjadi Mighty Thor. Selain itu juga, beberapa gambar lain menunjukkan Valkyrie memakai sut hitam sambil menunggang kuda putih. 

Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah, menerusi perkongsian dari laman Twitter.

“Thor: Love and Thunder” diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit)  yang turut menulis lakonlayar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU itu merupakan kesinambungan “Thor: Ragnarok” (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa “Avengers: Endgame”.

Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.

Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.

Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.

Thor: Love and Thunder” akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment