
Semasa Hari Disney+, perkhidmatan penstriman itu telah mendedahkan pandangan pertama Ms. Marvel, yang menampilkan Iman Vellani sebagai watak utama, Kamala Kahn. Anda boleh melihat gambar terbaru itu dibawah:
First look at ‘MS. MARVEL’. pic.twitter.com/GQf6LFU0Oo
— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) November 12, 2021
A first look at ‘MS.MARVEL’, arriving in Summer 2022. #DisneyPlusDay pic.twitter.com/RxY6OYdvgF
— Off Colour (@OffColourOrg) November 12, 2021
Kamala Khan pertama kali diperkenalkan dalam komik Captain Marvel #14 yang diterbitkan pada 2013. Gadis berketurunan Pakistan-Amerika ini telah terdedah dengan ‘Terrigen Mists ‘ dan memberikan abiliti untuk berubah bentuk. Dia bukan sahaja mampu merenggangkan anggota bandannya untuk menjadi panjang dan lebar, tetapi dia juga mampu untuk mengecil dan membesar dengan saiz yang luar biasa.
Diinspirasikan oleh Carol Danvers, Khan pernah dinaikkan pangkat menjadi Captain Marvel, dan mengambil keputusan untuk menggunakan moniker Ms. Marvel dalam menentang jenayah dan melakukan kebaikan.
Ms. Marvel dijangka akan ditayangkan di Disney+ musim panas tahun hadapan.