Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Emperor Palpatine Dalam Filem Star Wars: The Rise Of Skywalker Telah Bocor Di Media Sosial

Kemunculan Emperor Palpatine dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker menjadi misteri dikalangan peminat-peminat Star Wars, memandangkan antagonis tersebut sepatutnya mati dalam filem Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi, selepas tewas ditangan Luke Skywalker. Butiran mengenai kepulangannya dalam filem akan datang masih lagi tidak jelas, cuma apa yang pasti dia masih memiliki kuasa yang hebat.

Terbaru, beberapa keping gambar dari filem The Rise of Skywalker telah bocor di media sosial, dan salah satunya menampilkan pandangan pertama Emperor Palpatine dari sisi hadapan dengan paparan kuasa yang dimilikinya. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah;

https://www.instagram.com/p/B3-jk04J254/?utm_source=ig_web_copy_link

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Diarahkan oleh J. J. Abrams dan Abrams juga menulis skrip bersama-sama Chris Terrio, Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee