Netflix telah melancarkan pandangan pertama filem aksi thriller terbitan Russo Brothers, Extraction yang menampilkan bintang MCU Chris Hemsworth sebagai askar upahan yang tidak gentar pada kematian. Filem ini dijadualkan tayangan pada 24 April, eksklusif di Netflix!. Anda boleh saksikan gambar “Thor” yang macho lagi gagah bergaya dibawah.
Extraction bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, dan berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.
Barisan pelakon terdiri daripada Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.
Filem ini diterbikan oleh Netflix manakala skrip ditulis oleh Joe Russo. Sam Hargrave yang terkenal dengan kerja-kerja lagak ngeri untuk filem MCU serta peranan kecil dalam filem-filem aksi termasuklah Atomic Blonde, akan membuat debut sebagai pengarah menerusi filem Extraction.Â