Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Selepas foto set penggambaran Powerpuff Girls bocor di Internet dan media sosial, rangkaian The CW akhirnya telah mendedahkan pandangan-pertama rasmi siri akan datang yang menampilkan Chloe Bennet, Dove Cameron dan Yana Perrault sebagai Blossom, Bubbles dan Buttercup. Anda boleh lihat gambar mereka dibawah.

Siri aksi-nyata ini melihat trio utama sebagai gadis berusia 20an yang kecewa serta tidak suka menghabiskan seluruh masa kanak-kanak mereka untuk memerangi jenayah. Mereka kemudiannya bergelut untuk bersatu semula kerana dunia memerlukan mereka lebih daripada sebelumnya.

Powerpuff Girl diterajui bintang Agents of S.H.I.E.L.D. Chloe Bennet dan Dove Cameron bersama Yana Perrault, yang memainkan peranan sebagai Blossom, Bubbles dan Buttercup. Menyertai mereka adalah Donald Faison (Scrubs) sebagai Professor Drake Utonium dan Nicholas Podany (Hart of Dixie) sebagai anak kepada Mojo Jojo.

Siri ini ditulis dan diterbitkan oleh Heather Regnier (iZombie) dan Diablo Cody (Jennifer’s Body). Greg Berlanti (Arrowverse), Sarah Schechter dan David Madden, yang mewakili Berlanti Productions, akan menjadi penerbit eksekutif, manakala Warner Bros. Television akan menjadi penerbit projek ini. Maggie Kiler turut terlibat dengan menjadi pengarah. 

The Powerpuff Girls diciptakan oleh Craig McCracken dan memulakan debut pada tahun 1998, berpusat pada Professor Utonium ketika dia berusaha untuk mencipta gadis kecil yang sempurna, tetapi berakhir dengan terciptanya trio Blossom, Bubbles dan Buttercup dari gabungan gula, rempah, semua yang bagus dan Chemical X yang misterius. Siri ini mendapat pujian ramai selama jangka masa enam musim. Filem pertama telah ditayangkan pada tahun 2002, dan mendapat kejayaan kritikal dan komersial yang sederhana.

Related posts

Adakah Loki Akan Mencapai “Tujuan Gemilangnya”?

Kakimuvee

New Documentary Series on Secret Asian Drug Epicenter premieres exclusively on HBO GO July 23

Kakimuvee

NEW HBO LIMITED SERIES THE WHITE LOTUS DEBUTS JULY 12 EXCLUSIVELY ON HBO GO AND HBO

Zulaikha

Siri Prekuel “Supernatural” Kini Sedang Dibangunkan

Kakimuvee

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Kakimuvee

THE COUNTDOWN BEGINS AS GLOBAL RICK AND MORTY DAY BLASTS THE MULTIVERSE

Kakimuvee

Leave a Comment