Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Pacific Rim: Uprising Official Trailer

Legendary Pictures dan Universal Pictures telah melancarkan trailer pertama Pacific Rim: Uprising semasa konvensyen Comic Con yang bertempat di New York. Anda boleh saksikan trailer tersebut video dibawah.

Pacific Rim: Uprising dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, Jing Tian, Cailee Spaeny, Rinko Kikuchi, Burn Gorman, Adria Arjona dan Charlie Day. Pacific Rim: Uprising akan berlatarbelakangkan 10 tahun selepas pertempuran terakhir diantara Kaiju dan Jaeger di The Breach.

Sinopsis:


John Boyega akan membawakan watak Jake Pentecost, anak kepada Stacker Pentecost (lakonan Idris Elba – dalam filem Pacific Rim 1) yang telah meninggalkan latihannya sebagai juruterbang Jaeger. Jake telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah. Bagaimanapun, bandar-bandar di pelusuk Bumi telah diancam kemunculan kembali raksasa “Kaiju”. Kakak angkat beliau, Mako Mori (Lakonan Kikuchi) telah memberi peluang terakhir kepada beliau untuk meneruskan legasi ayahnya. Mako Mori telah mengetuai sekumpulan pilot Jaeger generasi baru yang bersatu untuk menghapuskan Kaiju.

Jake akan bekerjasama dengan musuhnya, Lambert (lakonan Scott Eastwood) yang merupakan juruterbang berbakat serta Jaeger Hacker, Amara (lakonan Cailee Spaeny) yang baru berusia 15 tahun. Mereka bergabung tenaga dalam pengembaraan yang penuh mencabar bagi menghentikan ancaman Kaiju.

Pacific Rim: Uprising akan ditayangkan pada 23 Mac 2018

Trailer:

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment