Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pacific Rim 2: Kenapa Charlie Hunnam Tidak Berlakon Dalam Sekuel

Semasa pengumuman barisan pelakon untuk filem sekuel Pacific Rim 2 atau dikenali sebagaiĀ Uprising,Ā ramai peminat tertanya-tanya kenapa pelakon utama yang juga co-pilot Jaeger, Charlie Hunnam tidak disenaraikan dalam barisan para pelakon utama dan sebaliknya, bintang filemĀ Star Wars,Ā John Boyega telah diangkat menjadi pelakon utama bagi menggantikannya.

Baru-baru ini, bekas pelakon Pacific Rim tersebut telah mendedahkan kepada wartawan sebab beliau tidak berlakon dalam filem kedua itu. Punca utama disebabkan pihak studio Legendary Entertainment mahu menghasilkan sekuel filem Robot vs Kaiju dengan segera selepas studio tersebut dijual kepada syarikat produksi China, Wanda.

Penjualan tersebut telah mendorong pihak studio memberi keutamaan kepada filem Pacific Rim 2 sehingga Charlie yang pada ketika itu turut menerima tawaran untuk berlakon filemĀ Papillon,Ā filem remake melarikan diri dari penjara yang pernah diterbitkan pada tahun 1973 terpaksa menolak untuk berlakon dalam filem Pacific Rim dan menumpukan perhatiannya kepada filemĀ Papillon.

ā€œAlthough it underperformed in other territories in the world, [Pacific Rim]Ā was an enormous success in China. All of a sudden, it became their primary focus to make [Pacific Rim: Uprising] and they wanted to do it very, very rapidly … I think their schedule subsequently changed, and I might have been able to do both, but at that time, they were writing the script and they needed to know, was I in or was I out?ā€ – Charlie Hunnam, Den of Geek.

Keputusan yang dibuat oleh Charlie telah menyebabkan pengarah Legendary Entertainment,Ā Thomas Tull dengan berat hati melepaskan pelakon tersebut.

Namun mereka telah mendapat pengganti dengan kehadiran bintang baru dalam dunia perfileman Hollywood iaitu John Boyega setelah filem lakonannya, Star Wars: The Force AwakenĀ sukses pada tahun 2015.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment