Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pablo Schreiber Tawar Diri Bawakan Watak Wolverine

Aktor American Gods, Pablo Schreiber menjadi aktor pertama secara rasmi menawarkan diri untuk mengisi kekosongan watak Wolverine dalam franchise X-Men yang ditinggalkan oleh Hugh Jackman.

Hugh Jackman tekad untuk tidak mahu meneruskan watak superhero tersebut selepas 17 tahun membawakan watak itu, menjadikan dia satu-satunya aktor yang paling lama memegang watak superhero.


Schreiber menyatakan yang dia tidak kisah membawakan watak superhero dan memdedahkan 2 karakter superhero yang ingin dibawa olehnya secara spesifik, salah satunya watak Wolverine.

Pablo Schreiber merubakan adik kepada pelakon filem X-Men Origins: Wolverine, Liev Schreiber yang membawakan watak Victor Creed atau Sabretooth. Walaupun filem berkenaan tidak begitu mendapat kritikan positif, tetapi lakonan Liev Schreiber dalam filem berkenaan telah mendapat pujian.

Apabila ditanya mengenai potensi adik beradik Schreiber muncul dalam filem yang menampilkan Wolverine dan Sabretooth, ini jawapan yang diberikan oleh beliau.

“I was a huge fan growing up of Wolverine and of Daredevil. Those are my two favorite guys and I would jump at the chance to play either one of them in a second. And you know I think Hugh is done now with Wolverine, so maybe it’s time for a reboot Maybe it’s time for a new Wolverine. Maybe we can reboot Sabretooth. I don’t think he would agree to play Sabretooth to my Wolverine.” – Pablo Schreiber

Jadi, macamana jika Pablo Schreiber ingin menjadi Wolverine bagi menggantikan tempat Hugh Jackman, adakah korang semua bersetuju?

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment