Overlord Review

102
views

Menonton Overlord seperti menonton gabungan dua idea yang bercorakan filem (Thriller Zombie) dan filem perang. Tetapi Overlord bukan menceritakan bagaimana manusia dijangkiti virus dan berubah menjadi Zombie. Mujur Overlord bukan jenis filem seperti itu. Plot jalan cerita yang tidak muda dijangkah membuatkan jalan cerita filem ini menarik. Ditambah dengan kesan visual yang cukup berkesan membuatkan saya cukup menghargai karya Julius Avery ini.

Diawal permulaan filem, penonton disajikan dengan Scene yang penuh debaran. Lebih kurang 15 minit Scene pembukaan yang membuat penonton tidak senang duduk. momentum filem ini diteruskan sampai ke penghujung. Tiada plot holes yang besar membuat kualiti filem ini rusak. Biarpun sedikit ada Plot Holes tetapi ia tidak ketara.

Setiap watak dalam filem ini dijayakan dengan cermelang sekali oleh pelakon-pelakonNya. “Jovan Adepo” sebagai Pvt. Boyce. Dari pandangan saya Jovan memberikan persembahan lakonan yang cermelang. Begitu juga dengan “Wyatt Russell” sebagai Cpl. Ford. Wyatt dalam Overlord menjadi tumpuan saya karena cara lakonan dia amat berkesan.

Selain daripad itu juga “sound effect” filem ini banyak memainkan pernanan penting. Karena disetiap Scene iaNya diiringi dengan Kesan Bunyi “Sound effect” yang cukup padu. Ia mampu membawa rasa debaran kepada penonton.

Ada beberapa Scene yang agak mengerikan. Dari Scene tembak menambak, membunuh, iaNya dilakukan dengan teliti sekali sehinggakan ia nampak seolah-olah iaNya benar-benar berlaku. Makeup artis melakukan kerja mereka dengan cermelang karena mampu memberikan satu pandangan yang mengerikan setiap kali ada Scene yang melibatkan darah dan luka.

Reting: kakimuvee 8.6/10

-Tompinai-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here