Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

OST Mechamato Movie ‘Temaniku’ Cecah 8 Ribu Putaran Di Spotify


Penyanyi dan penulis lagu popular Yonnyboii, tampil dengan lagu original terbaharu ‘Temaniku’ daripada filem Mechamato Movie yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 Disember ini.

Lagu tema filem tersebut telah dilancarkan pada 18 November lalu di semua platform muzik penstriman popular seperti Spotify, JOOX, Apple Music, KKBOX, Deezer dan iTunes Store.

Lagu tema ‘Temaniku’ untuk filem animasi superhero terbaru keluaran MONSTA, Mechamato Movie itu telah mendapat lebih 8 ribu putaran di platform muzik penstriman popular Spotify sejak tarikh penerbitannya.

Berkata tentang pemilihan Yonnyboii sebagai penyanyi lagu tema Mechamato Movie ini, Kee Yong Pin iaitu produser dari MONSTA meluahkan rasa terujanya studio animasi tersebut apabila dapat bekerja sama dengan seorang penyanyi berpengaruh yang mampu menyelami citarasa generasi muda masa kini.

“Kebersamaan dalam mencapai satu matlamat itu adalah mesej terbesar dan bahan inspirasi untuk lagu tema ini. Sama ada ia adalah keutuhan perhubungan sesama sahabat, keluarga, pasukan atau teman istimewa, lagu ini mempunyai mesej yang sesuai untuk semua,” komen Kee Yong Pin.


‘Temaniku’ adalah lagu tema original yang ketiga diterbitkan bersama oleh MONSTA bagi filem mereka selepas lagu ‘Fire & Water’ nyanyian Faizal Tahir daripada filem BoBoiBoy Movie 2 (2019) dan ‘Masih Di Sini’ nyanyian Bunkface daripada filem BoBoiBoy The Movie (2016). Mechamato Movie adalah filem ketiga dalam francais animasi 3D Monsta Heroes yang dihasilkan MONSTA sejak sedekad lalu.

Lagu tema Mechamato Movie berjudul ‘Temaniku’ ditulis dan dinyanyikan oleh Yonnyboii yang baru-baru ini memenangi anugerah kategori ‘Album Terbaik’ di pesta Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23). Lagu tema ‘Temaniku’ ini turut dicipta bersama komposer Fitri Zain, dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan MONSTA.

Saksikan juga lirik video ‘Temaniku’ di MONSTA YouTube Channel. Nantikan tayangan Mechamato Movie terbitan MONSTA dan ASTRO SHAW di pawagam seluruh negara mulai 8 Disember 2022.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee