Pengarah filem Osman Ali semalam telah melahirkan rasa kecewanya selepas melihat filem arahannya Pinjamkan Hatiku ditayangkan secara haram dilaman-laman Facebook selepas ia mula ditayangkan di Astro First.
Malah jika dilihat dari screenshot di laman sosial pengarah berkenaan, banyak pemilik laman-laman Facebook baik individu dan ‘page’ telah menayangkan filem berdurasi penuh itu tanpa kebenaran pihak penerbit filem.
Osman Ali menerusi status di laman Facebook beliau melahirkan rasa hairan kerana si pelaku seperti tidak takut dengan perbuatan mereka dan mempersoalkan pihak berwajib yang langsung tidak menghalang perbuatan mereka menayangkan filem tempatan secara haram dilaman sosial mereka.
Sebelum ini, pengarah tersebut bersama-sama Penerbit Eksekutif filem berkenaan pernah membuat laporan polis disebabkan terdapat individu yang merakam filem Pinjamkan Hatiku secara ‘live’ semasa ia masih ditayangkan dipawagam.
Walaupun Osman Ali dan pihak penerbit telah memberi amaran, beberapa pemilik laman sosial masih menyiarkan filem Pinjamkan Hatiku dan masih tidak mahu membuang filem berkenaan dari laman sosial mereka.
Filem lakonan Shaheizy Sam,Ayda Jebat dan Farid Kamil itu telah ditayangkan pada November lalu serta mencatat kutipan RM 3.2 juta dan kini sedang ditayangkan di Astro First