Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Oscar: Wonder Woman Gagal Tercalon, Logan Cipta Kejutan


Kempen Wonder Woman dalam meletakkan filem tersebut dibeberapa kategori utama Oscar ke-90 nyata gagal sama sekali apabila filem superhero keluaran Warner Bros. dan DC langsung tidak disenaraikan dalam mana-mana kategori anugerah paling berprestij itu.

Selepas senarai akhir pencalonan Oscar diumumkan awal pagi tadi, Wonder Woman gagal untuk berada disenarai akhir bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (menerusi Patty Jenkins) dan juga Aktres Terbaik (menerusi Gal Gadot), malah filem berkenaan gagal disenaraikan dalam kategori teknikal seperti kategori Kesan Khas Terbaik dan Kostum Terbaik.

Filem Wonder Woman dikatakan bakal mendapat perhatian di Anugerah Oscar selepas filem tersebut disenaraikan antara Filem Terbaik semasa acara penganugerahan Producers Guild of America Awards baru-baru ini. Ini kerana, kumpulan ahli industri dalam Producer Guild of America dianggotai oleh beberapa ahli dari Academy of Motion Picture Arts & Sciences.

Laman web jualan tiket wayang terbesar US, Fandango telah menjalankan servey dikalangan pengguna mereka untuk melihat reaksi pencalonan Oscar, sebanyak 39% undian menyatakan mereka terkejut melihat Wonder Woman tidak disenaraikan dalam mana-mana kategori Oscar.

“Moviegoers are shocked that Wonder Woman was unable to land a single Oscar nomination, considering its huge box office success and positive impact on pop culture.” – Erik Davis, Fandango Managing Editor


Sementara itu, Logan telah mencipta kejutan apabila berjaya disenaraikan dalam kategori Best Adapted Screenplay. Kejayaan Logan mengejutkan peminat kerana filem-filem superhero sukar untuk mendapat pencalonan dalam kategori bukan teknikal. Kali terakhir filem superhero diberi pengiktirafan bagi kategori bukan teknikal adalah pada tahun 2009 dimana Heath Ledger memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Oscar menerusi filem The Dark Knight.

Harapan untuk Logan menangi anugerah tersebut kelihatan sukar kerana perlu berhadapan saingan dari filem Call Me by Your NameThe Disaster Artist, Molly’s Game, dan Mudbound yang turut tersenarai dalam kategori yang sama. Bagaimanapun, kejayaan tercalon dalam Oscar merupakan satu pengiktirafan buat filem Superhero. Acara penyampaian anugerah Oscar akan berlangsung pada 4 Mac 2018. Mampukah Logan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori ‘Best Adapted Screenplay.’? kongsikan diruangan komen


Related posts

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

Pengarah ‘Logan’ Berharap Marvel Tidak Membawa Kembali Wolverine Dalam ‘Deadpool 3’

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

Hugh Jackman Goda Hubungan Deadpool & Wolverine Dalam “Deadpool 3”

Kakimuvee

James Gunn Jelaskan Gal Gadot Tidak “Ditendang” Daripada Peranan Wonder Woman

Kakimuvee

Cameo Henry Cavill & Gal Gadot Dalam “The Flash” Telah Dipotong

Kakimuvee