Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Oscar Isaac Sebagai Solid Snake Dalam Filem Adaptasi “Metal Gear Solid”

Filem adaptasi permainan video Metal Gear Solid mula menunjukkan perkembangan. 

Menurut laporan Deadline, bintang francais Star Wars, Oscar Isaac telah menandatangani kontrak untuk memainkan peranan utama dalam filem akan datang sebagai Solid Snake.

Pengarah Jordan Vogt-Roberts telah mengusahakan projek Metal Gear Solid selama lima tahun, dan pada 2018 telah diumumkan bahawa skrip yang ditulis oleh Derek Connolly (Jurassic World) telah diserah kepada studio.

Vogt-Roberts dan Connolly mensasarkan rating ‘R’ dan mengekalkan visi Kojima dalam filem akan datang. Dengan pemilihan Isaac, kemungkinan besar pencarian pelakon sedang dimulakan, dan peminat mungkin menjangkakan bahawa penggambaran akan bermula tidak lama lagi. 

Metal Gear Solid merupakan permainan video penyamaran yang dicipta oleh Hideo Kojima pada tahun 1998. Filem ‘single player’ itu membawa pemain mengawal Solid Snake untuk menyusup masuk fasiliti senjata nuklear dan menyelamatkan tebusan serta menghalang penganas dari melancarkan serangan nuklear.

Related posts

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Leave a Comment